TIPS PENJAGAAN SUTERA BATIK
1. Jangan mencuci sutera dengan mesin basuh, memadai dengan basuhan tangan secara lembut tanpa menyentalnya.
2. Gunakan pencuci khusus untuk sutera, atau sebagai pilihan yang lebih mudah gunakan shampu atau sabun mandi. Elakkan menggunakan cecair pelembut kerana ia dikatakan akan menyebabkan sutera mudah reput dan rosak.
3. Elakan memerah sutera bagi mengurangkan kedutan.
4. Elakkan menjemur sutera di bawah pancaran terik matahari, memadai dengan menyidainya di tempat yang redup dan berangin.
5. Gosok sutera dengan suhu yang sesuai dan tidak terlalu tinggi. Gunakan botol semburan air untuk memudahkan proses menggosok.
6. Elakkan melipat sutera untuk mengelakkan kesan lipatan. menggantung dengan penggantung baju adalah amat digalakkan.