INFO SUTERA BATIK
- Sutera batik terkenal di negeri Pantai Timur terutama Terengganu dan Kelantan.
- Berikut adalah jenis-jenis fabrik yang sering digunakan di dalam industri batik:
- Sutera satin - mempunyai tekstur yang licin, lembut dan harga yang lebih mahal.
- Sutera crepe - mendapat permintaan yang agak tinggi dalam industri batik sutera pada masa ini. Harganya juga sedikit mahal, tidak jarang & tidak memerlukan lining.
- Sutera Jacquard - mempunyai tekstur yang licin, lembut, selesa & tidak jarang. Paling banyak digunakan dalam penghasilan batik sutera.
- Sutera chiffon - lembut tetapi agak nipis & jarang serta memerlukan lining.
- Sutera rayon - menghasilkan batik kategori ekonomi kerana harganya lebih murah. Kainnya tidak selembut kain yang lain tetapi tahan lasak.
- Sutera fuji - fabrik yang lembut, sejuk & sangat selesa. Kebiasaannya digunakan untuk pakaian yang santai
- Harga batik dipengaruhi oleh jenis kain, corak/ design dan lapisan warna.
- Batik yang dihasilkan dengan lukisan tangan/ canting lebih mahal berbanding batik cop.